Home >> Insurans 1st Party Add-On

Insurans 1st Party Add-On
Perlindungan Tambahan bagi Insurans Kenderaan untuk Komprehensif (1st party)

Perlindungan komprehensif (1st party) yang Basic bagi kenderaan tidak mencukupi untuk melindungi kenderaan anda daripada semua risiko.

Insurans 1st party cover
👉Kereta Hilang
👉Kereta terbakar
👉Kereta Kerosakan akibat accident

Perlindungan tambahan ini boleh dibeli secara berasingan. Jadi anda bebas memilih perlindungan tambahan jenis apa yang diperlukan.


1) Perlindungan cermin kereta (Windcreen)

Perlindungan tambahan ini akan membayar kerugian anda bagi membaiki cermin yang retak atau menggantikan cermin yang pecah.Premium bagi perlindungan ini ialah 10-15% daripada jumlah diinsuranskan untuk cermin kereta.

Dengan tambahan Perlindungan Insurans Cermin, anda boleh membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan / kepecahan cermin tanpa menjejaskan No Claim Discount (NCD) anda.

2) Perlindungan Pemandu Tambahan / Semua Pemandu (All Driver)

Pemandu dinamakan atau ‘Named Driver’ ialah pemandu yang disenarai nama dalam Polisi Insurans. Kalau kenderaan anda kerap dibawa oleh pemandu lain, perlindungan tambahan ini amat penting. Anda akan dikenakan ekses wajib (Mandatory Excess) sebanyak RM400 kerana pemandu kereta tidak dinamakan dalam Polisi Insurans.

Contohnya, anda membuat tuntutan insurans kos repair RM10,000.00, Syarikat Insurans akan bayar jumlah RM9,600 sahaja (RM10,000 – RM400 excess).

Kesimpulannya, bagi memasikan kenderaan anda sentiasa dilindungi oleh pihak Insurans dan mengelakkan dendaan bayaran excess RM400 dalam tuntutan, terdapat 2 cara mudah:

1.Memastikan Individu yang kerap membawa kereta anda dinamakan dalam Polisi Insurans sebagai Pemandu Kedua (Second Driver) / Pemandu Ketiga (Third Driver).

Selalunya, Pemandu Kedua diberi secara percuma oleh pihak Insurans / Takaful. Manakala Pemandu Ketiga dan ke-atasnya akan dicaj sebanyak RM10 bagi setiap pemandu yang dinamakan.

2.Ataupun lagi senang, anda boleh mendapatkan Perlindungan untuk Semua Pemandu di dalam polisi insurans kereta anda – ALL RIDER Cover.

3) Perlindungan Peril Khas (Special Perils)

Selalunya dengar jika kenderaan anda rosak teruk kerana dimasuki air akibat banjir, atau ditimpa pokok akibat ribut, polisi komprehensif (1st party) tidak akan membayar kerugian anda? Ini disebabkan Insurans 1st party basic tidak cover kerosakan kereta akibat bencana alam.

Perlindungan peril khas ialah perlindungan tambahan untuk kerosakan kenderaan melibatkan bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh, tanah mendap, gempa bumi.


4) Insurans Pemandu dan Penumpang (Driver & Passenger Personal Accident)

Perlindungan ini melindungi pemandu & penumpang mengikut kapasiti tempat duduk kereta. Jika kereta yang dipandu berlaku kemalangan, perlindungan ini melindungi anda dan membayar pampasan dari segi:

1. Bil hospital, cacat kekal atau kematian. Lindungi kereta anda, lindungi diri dan orang tersayang anda😊


5) Legal Liability of Passenger (LLOP)

Dikenali sebagai Liabiliti penumpang di sisi undang-undang. Perlindungan tambahan ini melindungi anda daripada sebarang tindakan liabiliti undang-undang ke atas kelalaian yang dilakukan oleh penumpang anda.

Sebagai contoh, penumpang kereta anda membuang sampah / benda- benda keluar tingkap dan terkena pada penunggang motosikal, anda boleh disaman atas sebab merosakkan harta benda pihak ketiga ataupun mencederakan penunggang tersebut.

Perlindungan tambahan ini akan melindungi anda daripada liability tersebut. Maksudnya, kalau anda dedenda / disaman, pihak Insurans akan tolong bayar bayaran tersebut.

Premium Insurans tambahan LLOP ini amat murah sahaja, cuma RM7.50 bagi setiap kenderaan.

6) Liabiliti undang-undang kepada Penumpang (Passenger Liability)

Perlindungan ini pula melindungi anda daripada liabiliti undang-undang yang diambil terhadap anda oleh mana-mana penumpang anda.

Sebagai contoh, anda membawa rakan-rakan / orang lain dan kereta yang anda pandu terlibat dalam kemalangan sehingga mencederakan penumpang anda. Sekiranya mereka dapat buktikan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian atau kelalaian anda, mereka boleh menyaman anda.

Oleh itu, perlindungan ini melindungi anda daripada risiko seperti yang disebutkan, dengan membayar kos kerugian yang ditanggung akibat liabiliti ini.

Nota penting: Sekiranya anda bercadang untuk memandu kereta anda ke Singapura, anda dikehendaki di bawah undang-undang Singapura untuk mempunyai perlindungan liabiliti undang-undang kepada penumpang.

-----------------------------------------------------------
Nak dapatkan Perlindungan Tambahan Add-On Insurans 1st Party? Boleh hubungi / kujungi kami:

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏛️Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah

🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥️Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax